Sejarah Sekolah

SMK Sikuati mula diwujudkan pada 9 Feb 1987 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Sikuati (Pinawantai) Kudat, di mana sekolah ini menumpang belajar di Sekolah Rendah Pinawantai, Kudat.

Kewujudan Sekolah ini adalah hasil permintaan di antara PIBG serta Jawatankuasa Kemajuaan Kampung Pinawantai, Kudat pada 20 Jan 1987. Pengarah Pendidikan Sabah, En. Mahpor Baba telah melawat sekolah tersebut bagi meninjau keadaan sekolah dan persediaan asrama yang didirikan oleh penduduk kampung.

Pada 4 Jan 1988 sebaik saja sesi persekolahan bermula, En Musa Hj. Abd. Hamid telah dilantik sebagai pengetua sekolah ini sehinggalah sekolah ini berpindah ke bangunan barunya. Semasa sekolah ini dibuka tenaga pengajar hanya seramai 18 orang dan bilangan pelajar adalah 137 orang sahaja.

Pada 4 Disember 1991, sekolah ini telah dipindah ke bangunan baru di Kampung Sikuati dengan nama SMK Sikuati Kudat. Kini sekolah ini telah berubah mengikut perkembangan masa dan bimbingan pentadbir yang cekap dan dedikasi. Pelbagai perubahan telah berlaku sama ada dari segi fizikal sekolah, kemudahan sekolah dan bilangan pelajar atau tenaga pengajar.


SENARAI PENGETUA SMK SIKUATI

Nama Pengetua Tahun Berkhidmat di Sekolah Ini
En. Musa Hj. Abd. Hamid 1988 - 1992
En. Shuib Hj. Ahmad 1992 - 1993
En. Sahumin Hj. Daud 1993 - 1995
Pn. Maimunah Hj. Suhaibul 1996 - 1998
En. Rajim Bin Laup 1998 - 2004
En. Liasin Bin Kaloh 2004 - 2010
Madam Chia Chu Tai Jan 2011 - Feb 2011
En. Gan Hock Chye Mac 2011 - 2013
Tn. Ismail Bin Tukimin 2014 - 2020
Pn. Hjh Faridah Binti Kamarudin 2020 - 2022
En. Ahmad Bin Mehdunah 2022 - Terkini

 


Visi Sekolah

Meralisasikan SMK Sikuati ke puncak kecemerlangan kurikulum, ko kurikulum, sahsiah pelajar dan pengurusan staf dan persekitaran ceria menjalang tahun 2014.


Misi Sekolah

Warga SMK Sikuati akan menjadiakan dasar pendidikan kebangsaan sebagai inspirasi bagi melahirkan pendidik cemerlang, ibu bapa gemilang, pelajar terbilang dan sekolah dijulang melalui permuafakatan dan usaha gigih yang berterusan.


LAGU SEKOLAH

SMK Sikuati
Sekolahku tercinta
Di sini ku pelajari
Ilmu yang berguna
 
SMK Sikuati
Ku berjanji pada mu
Segala rintangan
Kan ku temouhi
Tanpa mengenal jemu
 
Chorus:
Ayah ibu
Kami pohon restu
semoga ilmu akan diberkati
 
Pada guru
Akan kami bukti jasamu dihargai
 
SMK Sikuati
Majulah ke hadapan
Teruskanlah perjuangan
Menuju kejayaan
 
Teruskanlah perjuangan
Menuju kejayaan

Link Lagu - Video Ustaz Rozandi


PETA/PELAN SEKOLAH

Sila klik gambar untuk paparan yang bersaiz besar


LENCANA SEKOLAH

Kuning:

Kestiaan guru dan pelajar berkorban untuk meningkat prestasi sekolah.

Biru :

Perpaduan terhadap guru, ibubapa serta pelajar. Merangkumi antara kaum, daerah, negeri dan negara.

Hijau :

Keharmonian dengan alam sekitar melalui penghijauan sekolah; untuk menambah kesesuaian dan keselesaan pelajar.

Putih :

Kesucian pelajar aset yang bernilai tetapi belum berilmu (bersih dan suci), maka sekolah yang mencorakkan pelajar.

Bintang :

Harapan yang tinggi terhadap ilmu yang banyak.

Jangka Lukis :

Pembangunan ke arah kemajuan dan kemakmuran berteraskan penggunaan teknologi terkini dan saintifik.

Obor dan Bulatan :

Obor - aktiviti sukan yang dijalankan. Bulatan Bertindih - perpaduan dan kerjasama menjayakan ko-kurikulum.

Helaian Kertas :

Ilmu diibarat laut yang tiada penghujungnya. Kertas sebagai penghujung yang digunakan untuk menyampai ilmu.

Cogan kata :

Ilmu yang diperolehi digunakan untuk ujuan kebaikan dan kesempurnaan hidup.